Aku tengah lapar masa menaip ni.
Nak dail number Pesan hantar ke tak, nak ke tak, nak ke tak?
Tadi tengok gambar kat PVJ masa keluar dengan kawan-kawan perempuan aku, sangat tidak menyukai mukaku yang kelihatan tembam (gila) dan memenuhi kamera itu.
Dalam hati aku berkata "mesti kena diet ni, crash diet, atkin diet apa-apa dietla yang penting membuatkan aku kurus seperti Gisele (lagi-lagi gila!)
Tapi abah selalu pesan, kalau lapar makan lah. Pesan sahaja apa-apa yang diinginkan.
Baiklah. Lepas selesai menaip aku dail perkhidmatan pesan hantar (delivery), ya tuan puan sekalian.
Oh apa yang aku nak bagitahu adalah Seluar Ketat Kulit Berzip dengan Baju Renda aku tidak akan aku terima sampai aku tak tahu tarikhnya bila.
Sebab encik posmen kawasan Masjid Tanah, Melaka tidak menghantar sama sekali baju dan seluar ketat aku ke alamat yang sepatutnya iaitu alamat datuk nenek belahan jiwa aku!!! Aku sangat dan amat kecewa dengan hal ini.
Encik Posmen, walaupun aku tahu kau mungkin malu untuk menghantar bungkusan aku kerana kebetulan ada kenduri di alamat tersebut, tapi itu kan kerja kau. Kau masuk jelah pagar rumah tu dan cakap kau nak hantar barang. Apa kau ingat orang akan cop kau muka datang nak makan percuma?????? Ke kau memang pemalas? Semua benda kau ambil senang hah? Terus kau tinggalkan di pejabat pos yang berdekatan?
AKU MARAH DENGAN SIKAP MACAM NI!!
Aku bukanlah pertama kali membeli barang di internet, tapi sering juga barang-barang aku diperlekehkan seolah-olah aku tidak membayar wang pos!!
Sekarang, siapa yang susah?
Atuk kepada belahan jiwa aku yang harus mengambil bungkusan aku.
kalau dia tahu apa ada dalam bungkusan malu, jatuh imej aku sebagai bakal cucu yang berkaliber. OH TIDAK!
Huh. AKU MEMANG MARAH DENGAN POSLAJU SEKARANG!!
Bungkusan Shea ke rumah aku pun diperlakukan macam itu juga. Senang-senang kau je meninggalkan semua bungkusan di pejabat pos. Kalau macam tu, tak perlulah orang bagi alamat rumah. Baik bagi alamat pejabat pos terdekat je.
HUH BETUL-BETUL GERAM!
Jadi sudahnya aku tak dapat nak tayang seluar ketat kulit berzip dengan baju renda aku sebab aku takkan dapat sampai belahan jiwa aku balik kampung lagi. Agaknye masa tu seluar ketat aku dah jadi tak ketat sebab aku dah kurus, huh (sah, dia ni gila!)
Dah, aku nak dail perkhidmatan pesan hantar
P.S. Seluar Ketat Kulit Berzip = Zippy Leather Leggings